Ahad, 16 Oktober 2011

Nota Buat Kementerian Pendidikan

Disenaraikan dibawah adalah faktor kenapa aku malas bersukan masa sekolah dulu. Lebih spesifik, pada slot subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Barangkali aku dah tulis pasal tajuk ni dalam entri-entri lepas, tapi masih perlu diceritakan kembali sebab ini saja idea yang ada pagi ni.



tatap gambar dara dulu. Bagi sejuk mata, sedap hati dan angin tenang, pasal nanti aku berkobar-kobar cerita pasal PJK.



Ini entri panjang. Panjang ya amat, jadi sila tekan baca lagi yang berada dekat bawah ikon facebook. Aku pon tak tau kenapa dia duduk situ.




  • Kena bawak baju sukan.
    • Baju sukan bila isi dalam beg akan menyebabkan beg tu langsung tak sedap nak galas. Kalau cara lipat tak betul, maka beg galas kau akan kelihatan macam beg Deuter 65 + 15 liter. Serupa nak pegi naik gunung. Agaknya cikgu dan pegawai kementerian pendidikan masa tu tak dapat nak bezakan beg pegi sekolah dengan beg hiking. Bangang.
    • Kalau kau lipat dengan betul pun, lepas bersukan dan berpeluh segala, kau kena simpan baju kau dalam beg plastik dan letak dekat bawah meja sebelah kaki. Celaka, ini memang tempat yang paling suey nak letak barang sebab nanti kalau nak ejas-ejas kedudukan memang susah. Nak simpan dekat belakang kelas? nanti ada hamba Allah ni tak dapat bezakan baju sendiri dengan baju orang lain. lepas tu boleh tertukar baju. Dekat kolar tiba-tiba ada tulis Acoi. Aku tak pernah tulis nama dekat kolar. Sah tu bukan baju aku. Bangang.
    • Disebabkan aku duduk luar, maka aku kena angkut buku-buku teks beratnya mengalahkan buku Ashcroft/Mermin: Solid State Physics. Bukunya tak tebal mana. Mungkin dosa kaki tangan kerajaan makan tulang tu masuk dalam buku-buku ni. Tu jadi berat.
    • Selain buku teks, aku jugak kena bawak buku latihan yang tak kurang 4 buah satu subjek. belum masuk buku amali Fizik/Kimia lagi. Maaf, aku jenis orang yang tak pernah ambik biologi.
    • Selain buku teks dan buku latihan, aku jugak kena bawak set lukisan kejuruteraan yang besarnya macam UFO. Pernah aku tinggalkan dekat sekolah. Esoknya jangka lukis Rotring aku hilang. Babi. Jangka lukis paling sedap seumur hidup aku. 
    • Selain budak perdagangan, setiap mak bapak setiap murid dah belikan satu sorang, ada jugak yang bangang pegi curi. Tak kan la budak perdagangan nak bukak-tutup buku lejar pakai jangka lukis? Tak praktikal langsung.
    • Jadi kau dapat bayangkan nak bawak semua kelengkapan tu sekeliling badan aku?
      • Beg sekolah yang dah macam beg Deuter
      • buku teks banyak ya amat
      • buku latihan yang bilangannya 4 kali ganda buku teks.
      • Buku amali Fizik/Kimia
      • Alat-alat lukisan kejuruteraan.
    • ya, ini konfigurasi jadual aku masa tingkatan 4 dan 5. Hari Pendidikan Jasmani jatuh pada hari yang paling banyak subjek yang kena bawak kelengkapan. 
    • Kalau macam ni, mintak kementerian sediakan dayang untuk setiap murid lelaki dan hulubalang untuk setiap murid perempuan.
    • Tengok. Aku sikit pon tak sexist.
    • Disebabkan huraian dekat atas ni, selalunya aku memang sengaja tinggalkan baju sukan atas alasan PJK tak masuk SPM.
From Konvo 2011
Tarik nafas. Tatap gambar dara balik. Kasi hati reda, mata sejuk, angin tenang.

OK. Sebenarnya panjang lagi. jadi aku sambung lain kali.

nokhtah

2 cermin sisi patah:

  1. hahahahahha ~!!!!!!!!!!!!!! part anak dara je aku suke.. :D

    BalasPadam
  2. terima kasih. memang itu part yang tak emo. hahaha.

    BalasPadam