Halaman

Selasa, 14 Ogos 2012

My Opinion on Evidence Act 114A is ███ ██

  
From Sid.Mir


Below is my opinion on Evidence Act 114A:

████████ ███████ ███████ ██████, ████ ██████ ███ ███ ███ ████. ███████ █████ ██████ █████ █████, █████████ ███████, ████████ ██████. ███████ ███ ███████ █████ █████, █████████ ██████ ███ ████ ██████ █████. ████████ ██████, ██████ ████ ████ █████ █████ █████, ███████ ██████ ████. █████████ █████ ███ ███ ████████ ██████ █ ████ █████. ██████ ███████ ███ ████ █████ ████ ████, █████ █████ █████. █████ █████ █████ ████ █████, ███ ███ █████ ██████.

Of course I have to censor every word because I dont want to get caught under this act. Read how this act can affect us Malaysians here.

end

Isnin, 6 Ogos 2012

Kadang Kala

Kadang kala, aku rasa nak pecahkan semua cermin lalu kurung diri dalam bilik gelap.

nokhtah

Rabu, 1 Ogos 2012

Wanita Kucing Moden

Walaupun Razihan sukakan kucing, tapi seekor pun dia tak bela. Pantang jumpa kucing jinak sikit, kepalanya dibelai, badannya diusap. Pantang ada makanan lebih sikit, dibawanya keluar nak bagi kucing makan. Apabila petang, keluar saja dari pintu pagar rumah, Razihan tengok kiri. Pelanggan setia dah pun menunggu selang 7 buah rumah. Memang sengaja dia bagi makan jauh-jauh, nanti busuk rumah. Kalau rumah jiran yang busuk, itu dia punya pasal.

Walaupun kasih dan sayangnya Razihan pada jiran tetangganya tak serupa dengan perasaannya terhadap kucing-kucing jinak sekeliling rumahnya, tapi seekor kucing pun dia tak bela. "Nanti kalau mati, hilang mesti sedih" adalah frasa yang biasa digunakan Razihan bagi menipu diri sendiri. Lepas suaminya meninggal tahun 2011 dulu, pendirian tentang perlunya seseorang yang rapat di hati terus ditinggalkan. Sudah lah sebatang kara, suami dah tak ada, anak tak sempat buat. Tinggallah dia seorang di rumah itu.

Walaupun patah hatinya enggan sembuh dan dia tahu yang kucing-kucing itu adalah penawarnya, tapi seekor kucing pun dia tak bela. Razihan sudah menjadi lambang wanita kucing yang kesunyian pada zaman moden ini. Namun begitu, dia tetap berpegang teguh pada ajaran agamanya. Walaupun sunyi, dia tidak teringin pun membela anak-anak ikan.

Walaupun bilangan orang dalam hidup Razihan sangat sedikit, dia tetap ditemankan kucing-kucing bercorak tompok, belang, comot dan abstrak. Ya kawan, kucing bercorak abstrak. Namun begitu, seekor kucing pun dia tak bela. Hari-hari Razihan berdoa kepada tuhan. Antara permintaannya adalah supaya kucing-kucing seluruh dunia diampunkan dosanya dan dilimpahkan rahmat. Kadang-kadang dia mendoakan agar manusia yang sanggup memotong kaki kucing atas kesalahan mengambil ikan itu dikurniakan hidayah lalu menyesali perbuatannya.

Ya kawan, Wanita Kucing Moden sukakan kucing, tiada semangat kejiranan, berpegang teguh pada agama, tidak mempunyai anak ikan dan tak bela kucing.

Cerita hanya rekaan. Terasa nasib lah.

nokhtah